Tuesday, December 7, 2010

Amaran dr FBI..!!


Akhbar hari ini memaparkan berita mengenai amaran keras dr FBI berkenaan Patung Barbie. ya patung yg cute-mute itu. Amaran jenayah siber dikeluarkan khas untuk patung baru Barbie yg direka lengkap dgn kamera video kecil yg terletak di bhgn dada, disembunyikan di sebalik seutas rantai. Amaran ini dikeluarkan utk memberi p'ingatan kpd semua bahawasanya video itu boleh disalahgunakan untuk menghasilkan pornografi kpd kanak2. [KANAK2]. Bg mereka, patung itu sungguh cantik dan cute. Mereka tidak menyedari kehadiran kamera video yg terpasang di bahagian patung tersebut.






sumber gambar2: pakcik Google.


Menurut laporan FBI, patung tersebut boleh merakam video selama 30 minit yang juga boleh dimasukkan ke dalam komputer. Namun begitu, amaran yg dikeluarkan itu tidak menunjukkan bahawa rakaman video itu boleh dimuatnaik terus ke internet. Namun begitu, ini tetap bahaya utk kanak2. Walaubagaimanapun, amaran ini lebih kpd langkah berjaga2 utk pihak penguatkuasa mengenai kewujudan patung video ini yg mampu menjadi bhn bukti jika berlaku sesuatu kes.

Ada kebaikan dan keburukan mengenai patung ini. Oleh itu, pada sapa2 yg ada adik2, kakak2, sedara mara, dan juga sahabat handai yg begitu meminati patung Barbie ini, ingat2kan la mereka ttg amaran ini.Jika ada pihak yg menyalahgunakannya, di situ la bahaya la yg kite perlu elak. Beringat2 la kawan2. Utk lebih lanjut, rujuk Berita harian online hari ini (7/12/10).

Nota kaki: Cantik kan. tp xla minat patung ini. :D
pesanan dr incik Shino - tutorial flash masih dlm pembikinan. so pada sesapa yg menunggu kemunculan entri flash itu, harap bersabar yea.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah



SALAM MAAL HIJRAH diucapkan kpd semua yg beragama Islam di serata dunia.
Semoga dgn kehadiran tahun baru hijrah ini akan membuka lembaran baru kpd kita. Amin.
Semoga dunia semakin aman. Jgn ada perang dunia yg akan meletus.
Peace no war. Vote for no war!!
Azam baru anda?!
Azam thn ini dah tertunai. next plak. hmmm.

ucapan ikhlas dr Shino dan Yuna.

Saturday, December 4, 2010

Harga MINYAK naik lagi!

Nak hujung2 tahun ni, macam2 benda la. Minyak naik harga, gula pom naik juga. Tang gula tu xrase la sgt. hehe. Kurangkan gula dlm minuman la katekan. Jadi, gula naik pom xterasa sgt. Tp bila minyak naik, termenung jugak la. Walaupun kenaikan 5sen, tp tetap terasa gak la. ni keratan akhbar pasal kenaikan harga2 ini. (Bharian online - 4dis2010).


PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.

Walaubagaimanapun, kenaikan minyak ini adalah merupakan harga paling murah nak dibandingkan dengan negara ASEAN yg lain. Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala:

Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Beliau berkata, harga RON 95 dan diesel di Indonesia masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.50 seliter, Singapura (RM4.36 dan RM3.18) dan Thailand (RM4.25 dan RM2.96).

Harga LPG dan gula pula masing-masing RM2 sekilogram dan RM3.50 sekilogram di Indonesia, Singapura (RM6.42 sekilogram dan RM3.80 sekilogram), Thailand (RM1.93 sekilogram dan RM2.80 sekilogram).
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi ini perlu dilakukan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.



nota kaki: akhirnya bekas Permaisuri Agong, Siti aishah abdul Rahman failkan saman ke atas Uncle seekers.

*Happy birthday to lovely Abah (cik yuna). Moga panjang umor dan dimurahkan rezeki.*

AliDropship is the best solution for drop shipping