Saturday, December 4, 2010

Harga MINYAK naik lagi!

Nak hujung2 tahun ni, macam2 benda la. Minyak naik harga, gula pom naik juga. Tang gula tu xrase la sgt. hehe. Kurangkan gula dlm minuman la katekan. Jadi, gula naik pom xterasa sgt. Tp bila minyak naik, termenung jugak la. Walaupun kenaikan 5sen, tp tetap terasa gak la. ni keratan akhbar pasal kenaikan harga2 ini. (Bharian online - 4dis2010).


PUTRAJAYA: Kerajaan semalam mengumumkan penyelarasan harga petrol RON95, diesel dan petroleum gas cecair (LPG) sebanyak lima sen manakala gula diselaras pada harga 20 sen berkuat kuasa hari ini sebagai langkah kedua Program Rasionalisasi Subsidi.

Berikutan itu, harga RON95 yang diselaraskan menjadi RM1.90 seliter, diesel kepada RM1.80 seliter dan LPG RM1.90 sekilogram manakala gula RM2.10 sekilogram.

Walaubagaimanapun, kenaikan minyak ini adalah merupakan harga paling murah nak dibandingkan dengan negara ASEAN yg lain. Demikian menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala:

Idris berkata, walaupun harga bahan itu diselaraskan, ia masih rendah berbanding beberapa negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.

Beliau berkata, harga RON 95 dan diesel di Indonesia masing-masing RM2.46 seliter dan RM2.50 seliter, Singapura (RM4.36 dan RM3.18) dan Thailand (RM4.25 dan RM2.96).

Harga LPG dan gula pula masing-masing RM2 sekilogram dan RM3.50 sekilogram di Indonesia, Singapura (RM6.42 sekilogram dan RM3.80 sekilogram), Thailand (RM1.93 sekilogram dan RM2.80 sekilogram).
Beliau berkata, rasionalisasi subsidi ini perlu dilakukan bagi memperbaiki kedudukan ekonomi negara dengan meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan.



nota kaki: akhirnya bekas Permaisuri Agong, Siti aishah abdul Rahman failkan saman ke atas Uncle seekers.

*Happy birthday to lovely Abah (cik yuna). Moga panjang umor dan dimurahkan rezeki.*

No comments:

AliDropship is the best solution for drop shipping