Tuesday, February 25, 2014

Summary of life

Dah lama x mengarang panjang2 kat blog ini. Agaknya semua dah lupa kat blog ni. Akhirnya kami (Shino & Yoona) decide nak aktif balik berblog even blog skg suam2 kuku.

Life lps kahwin dan berAnak ni memang sgt berbeza. Kalo time single dulu, kami just fikir diri sendiri. Lepas kahwin dulu, life berubah 70-80% maybe. Dulu sorang2, lepas tu berdua. Mula2 awkward jugak rase, tapi life lepas kahwin lagi bestttttt rupanya. Hidup rasa lengkap. Nikmat yg x mampu utk didustakan.

After about 2 months, I'm pregnant! It was unplanned. But we expected that actually. Cuma x de lah awal sangat. Konon nak honeymoon la. Honeymoon la sgt. Alahan pada trimester pertama tu agak biasa-biasa maksudnya x teruk sangat. Muntah2 pom x teruk. Paling alah dgn bau ayam yg tengah goreng dan bau tumis2. Sepanjang 3 bln pertama mmg xmasuk dapur dan masak2 lah. Hari2 makan kat kedai.nasib x kerja lagi masa tu. So boleh la fokus pada kandungan. Tapi duk sorang kat rumah dan hadapi alahan mmg sgt stress lah. Aktivitinya memang tido jelah. Mak mentua I marah tau kalo kuat tido. Takut anak kuat tido jugak katanya. tapi x de aktiviti lain. Ok, itu tipu. Banyak sangat boleh dibuat. Baca Al-quran hari2 tu wajib. Kita baca, anak dalam perut dengar. Rancangan tv memang dah hafal lah sebab I suri rumah sepenuh masa. Nak masak memang out. 

Trimester kedua plak, alahan dah makin kurang. Masa ni memang keje makan aje. Sebab selera dah makin ok. So far, baby x mintak macam2. Semua yang dia request tu boleh dapat. Cuma bila nak cari mesti ada je dugaannya. Itu yang susah. Ada 1 sampai hari ni xdapat2 iaitu ikan sepat. Mana nak cari? Xkan nak tunggu anak no 2 pulak kan. 

Ok, straight to time giving birth. Ingat lagi, detik itu. Sebelum tu, si Shino antar bininya balik kampung (Kota Bharu) awal sebulan dari due date. Ok berjauhan kejap. Kejap pom dalam dua bulan jugak. Tiap2 minggu jugak la si Shino balik jenguk bini. Sayang bini katakan. Ok2, melalut lagi. Dah la awal sebulan, jatuh pulak bulan puasa. Kesian si suami ulang alik KL-KB tiap2 minggu. Kami start check up di hospital swasta yang kami booking utk deliver awal 2 minggu. Sebab Dr kat situ nak ada record. Kami pilih hospital tu sebab Dr yang akan sambut tu wanita. Alhamdulillah. Saat2 nak deliver tu makin dekat bila second check up Dr cakap air ketuban dah start kurang dan bukaan dah 1 cm. Dr tanya lagi, nak masuk wad esok ke hari ni. Shino cakap depends on you. I dont know! Last2 call my mom. Dia cakap ah duk sana tu terus masuk wad la. Petang tu Dr masuk ubat nak cepatkan proses deliver. Malam tu, Allah je tahu betapa sakitnya. Baru tahu apa rasa mama sebelum ni. Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk tempuhi semua tu. Lepas semalaman kesakitan, I start dimasukkan ke labour room jam 12.45 lebih kurang. Dah lupa.

Dalam labour room tu, macam2 rasa. Sakit sangat2. Dugaan lagi. Dr dan nurse datang check bukaan tapi sangat slow bukaan. Frust jugak la. Dah la duk dengar bunyi tangisan bayi dari bilik sebelah. Dua orang plak tu. Lagi stress. Sempat lagi cakap kat hubby, anak kita bila lagi. Shino banyak bagi support sepanjang dalam labour room tu even dari start pregnant lagi. Thank you! 

Tepat jam 5, nurse datang check bukaan, and guess what kepala baby dah nampak. Alhamdulillah. Dah sampai masa. Ok start nak push ni. Kena tahan nafas. Dah la nafas pendek je. Sabar jelah. Shino la kuat bagi semangat plus nurse2 dalam bilik. One more thing, hospital ni memang ada sorang ustazah yang akan bersama kita. Tengah2 sakit tu rasa tenang bila ustazah tu datang baca ayat2 suci Al-quran kat tepi. Semua pakat bagi semangat. Pukul 5.14, baby selamat dilahirkan. Lega. Alhamdulillah. Perut dah rase kempis. Senyum panjang hari tu. Cerita kehidupan lepas ada anak ni kita cerita dalam next entry. Panjang benor dah ni. Idea datang mencurah2 kan. Lama sangat x menulis.

4 comments:

NARDtheNERD said...

bestnye dah kawen :)

Shila said...

wah..
tahniah~!! bertambah bermakna hidup..
hehehe..

Yoona said...

Alhamdulillah. syukur! thanks follow cerita kami. plan nak jadikan blog ni diari utk si kecik di samping info lain. hope sudi singgah baca kat sini lagi.

Kova Lucas said...

Does this look familiar:

Windows 10 freezes up or is running slower than usual?
Does it take forever to run or load programs?
You are plagued by the Blue Screen of Death?
Computer errors frequently pop up and hassle you?
Your system takes forever to boot up or shut down?

A registry clean up program can help diagnose what's the problem and its optimization feature lets you pinpoint exactly how to boost system performance. Attempting to fix it manually is only recommended for folks who are computer experts. If you remove or uninstall the wrong registry entry or value, the entire system can collapse. This is why it is highly recommended to use a registry cleaner software. It has an Advanced System Repair that automatically scans your computer and repairs problems in minutes!

AliDropship is the best solution for drop shipping