Saturday, November 20, 2010

Info 'sihat' kacang SOYA




Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein, tapi kali ni saya nak kongsi sebaliknya. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.

Antara keburukan kacang soya yang dapat simpulkan dari pembacaan beliau (Ustaz Hashim):

i. Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
ii. Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
iii. Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.

Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development (mungkin mempengaruhi kejantinaan seseorang-kelembutan??).

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!



Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia (1) yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (2).

(1 : komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan.)
(2 : komponen / sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

Walaubagaimanapon, kandungan isoflavone ni bukan senang-senang dapat diekstrak dari kacang soya. Hanya selepas menjalani proses penapaian (fermentation) yang lengkap, barulah dapat menghasilkan isoflavone, yang dapat dihadam dengan sempurna dalam sistem penghadaman manusia. Dalam erti kata lain, kacang soya yang tidak menjalani proses penapaian sempurna, mempunyai kurang kandungan isoflavone dan tidak sesuai untuk diminum.

Kacang soya juga mengandungi perencat enzim yang menghalang penyerapan tripsin dan enzim lain yang diperlukan tubuh untuk proses penghadaman. Proses memasak yang biasa tak mampu nak mendeaktifkan erencat enzim ini. Keadaan ini sangat berbahaya kerana boleh menyebabkan gastric, kekurangan protein dan asid amino.

Secara semulajadinya, semua kekacang mempunyai satu bahan kimia bernama ‘phytic acid (3)’ yang merupakan satu bahan anti-nutrien. Begitu juga dengan kacang soya. Malah, kandungan bahan ini dalam kacang soya adalah lebih berbanding kekacang lain.

(3 : phytic acid mampu menghalang penyerapan mineral tertentu seperti magnesium, kalsium, zat besi dan zink. Laporan perubatan menunjukkan penduduk Negara Dunia Ketiga yang banyak mengambil kacang soya, mempunyai kekurangan mineral-mineral tersebut dalam badan.)


Kacang soya juga mengandungi bahan kimia hemagluttinin (4) dan perencat tripsin yang merencatkan pertumbuhan manusia (di peringkat kanak-kanak). Bahan ini dapat di deaktifkan dengan proses penapaian. Antara produk dari kacang soya yang menjalani proses penapaian ialah tempe.

(4 : link hemaggluttin ini lah yang membentuk jaringan virus H1N1 dan sekuel-sekuel nya)

Tapi, bagi sesetengah produk soya, contoh air soya dan tofu, sebatian perencat ini masih wujud, walaupUn sedikit.


Keadaan ini juga bukan satu berita baik untuk kanak-kanak yang mengambil susu berasakan soya. Sesetengah ibu bapa menggantikan susu tepung (susu lembu) dengan susu berasaskan soya, tapi ia bukanlah sebaik yang disangka.

Menurut Dr Jill Shneider, Prof Madya Sains & Biologi di Lehigh University, Betlehem, Pensylvania, bayi yang alergik kepada susu lembu tapi diberi susu berasaskan soya merupakan satu keadaan yang berbahaya.

Satu kajian makmal dibuat ke atas tikus putih menunjukkan isoflavone yang bertindak sebagai hormone estrogen dalam kacang soya mampu mempercepatkan proses tumbesaran tikus makmal.


Chemical ni kurang baik untuk bayi kerana ia bertindak seperti estrogen yang mengawal pertumbuhan lelaki dan wanita dewasa. Senang cakap, seolah-olah menggalakkan ia bayi membesar lebih cepat dari kadar yang sepatutnya.

FAKTA: Dikatakan, bayi yang diberi minum susu berasaskan soya menghadam phytoestrogen dari kacang soya, seolah-olah bayi tersebut menerima 5 biji pil perancang dalam sehari!


FAKTA: Pada 1991, penyelidik Jepun melaporkan bahawa penggunaan soya serendah 30 gram sehari atau 2 sudu makan, untuk sebulan, boleh menyumbang kepada peningkatan hormone tiroid, yang menyebabkan kanser tiroid.


Oleh itu kembalilah kepada pemakanan sunnah melibatkan jenis makanan dan cara pemakanan. Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dll. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Itu realiti pada masa ini. MasyaAllah.

Sharing is Caring. Info dr Ustaz Hashim Al-Maranji mll laman fesbuknye. Renung2kan dan selamat beramal. Apa yg baik dtg dr Allah, dan ape yg buruk adalah kesilapan saya sendiri.

p/s: Terpulang kpd penilaian anda semua. Byk respon positif dan juga negatif yg diterima mllui penemuan saya di web IluvISLAM.com (http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=15&thread_id=25550&rowstart=0). Tp kite ni makhluk yg dikurniakan akal fikiran utk memikirkan apa yg baik dan apa yg buruk. Info di atas bkn bermaksud soya itu haram. Peace no war. :)

9 comments:

Fello Ariza said...

pehh..

da la mnat minum kacang soya..

hukhuk

Y a N a said...

eishhh..macam menakutkan je nak minum air soya dah pasni..huhu

cempakamelati said...

Wow ya ke.....saya biasa tiap-tiap hari tak tinggal minum susu kacang soya ni...kene stop la nampaknya.

MrShah53 said...

btol tu din..mmg byk kburukan..smua ni agenda barat utk mnipu kite..sbb barat yang konker pasaran soya..

Solihin Zubir said...

aduhhhh.. dhla feveret aku kacang soya tu..

zaL_cdpx said...

soya + cincau then ltk ais then minum dlm cawan steel..., perghhhh!!!

Sara Mysara said...

nama anda di tag..
tahniah ...sila ambil award anda...
tq..
=)

Dyla Dahlan said...

gulpp!!
slme ni g mne2 mmg mnum kcng soya kot!x reti mnum yg bergas ni:(

http://missdilah.blogspot.com/2010/11/entri-seks-dan-justkhai-dot-com.html

Cik Su Life Cycle said...

ye ke ni..dulu cik selalu je minum air soya nie..huhu...dah kena kurangkan la cam nie

AliDropship is the best solution for drop shipping