BIMBINGLAH DIRINYA DAN TERIMALAH KEKURANGAN ITU SEBAGAI KEUNIKAN, CARILAH KEBAIKAN PADA DIRINYA. BERSYUKURLAH KERANA DIPERTEMUKAN DENGANNYA DAN BERDOALAH DIA MILIKMU,” UNGKAPAN ITU MENYIMPAN MAKNA YANG DALAM. MENILAI BAHAGIA BUKAN PADA PARAS RUPA SESEORANG. TIDAK SALAH JIKA ‘BEAUTY AND THE BEAST’ MENDIRIKAN RUMAH TANGGA. SIAPA TAHU, ‘MR BEAST ‘ITULAH NANTI JODOH TERBAIKNYA DAN MEMBERI ‘SI BEAUTY’ KEBAHAGIAAN YANG SEBENAR
Kenal hati budi pasangan – Haji Haslin
“Rasulullah s.a.w menyebut, “Dinikahi wanita disebabkan empat perkara iaitu kecantikannya, hartanya , keturunannya dan agamanya. Maka, pilihlah agamanya nescaya kamu bahagia.”
Hakikatnya, semua tiada seorang pun yang mengetahui jodoh mereka. Jodoh, hidup dan mati bukan kerja kita sebagai manusia sebaliknya ia telah ditakdirkan Allah. Walaupun pasangan tidak secocok seperti pendapat orang lain, fahamilah lidah manusia adalah untuk berkata-kata.
Ia sifat semula jadi manusia. Ada yang bersangka baik dan ada pula yang bersangka buruk,” demikian kata Haji Haslin Baharim seorang pendakwah. Katanya bukan sesuatu yang luar biasa jika perempuan muda memilih lelaki berusia.
Begitu juga lelaki yang teruna berkahwin dengan seorang janda. Malah ia tidaklah menjadi satu perkara besar apabila lelaki kacak berkahwin dengan wanita yang kurang paras rupanya. Paling penting bergantung kepada niat pasangan itu sendiri untuk mendirikan rumah tangga.
“Contoh terbaik ialah Rasulullah s.a.w sendiri yang mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun, sedangkan Siti Khadijah ketika itu berusia 40 tahun. Tujuan perkahwinan tersebut sebagai satu cara dakwah. “Rupa, kekayaan ataupun usia juga bukanlah penjamin kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga. Paling penting ialah keikhlasan dalam perkahwinan.
Barang siapa yang berkahwin kerana harta, ia akan papa dan jika ia berkahwin atas faktor kecantikan (rupa paras), ia akan berada dalam kehinaan. Malah dalam hadis ada menyebut bahawa dunia adalah tempat hiburan dan sebaik-baik hiburan adalah isteri yang baik. Dalam salah satu hadis pula menyebut, isteri yang baik apabila melihat wajahnya akan menggembirakan suami.
Oleh itu, perkara utama dilihat adalah kebaikan dan jika mendapat suami atau isteri yang tampan atau cantik mahupun kaya, ia adalah satu bonus kepada pasangan tersebut,” ujarnya panjang lebar. Sambung Haji Haslin lagi dalam menjamin kebahagiaan rumah tangga ialah keserasian di antara suami isteri.
Terdapat lima syarat utama yang perlu diamalkan oleh setiap pasangan rumah tangga iaitu saling kenal mengenali. Suami harus mengenali hati budi isteri, begitulah sebaliknya. “Pasangan juga perlu saling fahammemahami dan bertolak ansur dalam segala segi. Syarat keempat ialah tolongmenolong. Jika isteri mengalami kepayahan, wajib bagi suami untuk membantu si isteri. Seterusnya, saling redameredai antara satu sama lain.
Dengan melakukan kelima-lima syarat ini, insyaAllah rumah tangga akan lebih utuh,” jelasnya.
No comments:
Post a Comment