Wednesday, February 26, 2014

Review Hospital Bersalin

Alhamdulillah 29 haribulan Julai 2013 puteri kami dilahirkan. Gembira x terkata. Mama dia punya la gembira sampai lepas je selamat semua terus update status kat fb. Nak buat macam mana, baba #aeisyahhumairah terus bagi telefon lepas dia siap solat asar ptg tu. Sampai semua kawan2 cakap ko ni beranak ke x ni? Hahaha. Bukan setakat tu je, siap call kawan2 cakap sembang2 macam orang sihat je.

Tempat #aeisyahhumairah diperanakkan adalah di Pusat Perubatan An-Nisa' kat Kota Bharu. Ada jugak dengar citer x best pasal hospital ni. Tapi so far, kami mendapat layanan tiptop. Itu dah memadai bagi kami. Asal semua selamat. 

Kena admit hospital 28 hb tu. Kebetulan ada check up. Bila Dr yg bertugas check jalan bukaan, dah 1cm. Air ketuban dah kurang ni. Dr suggest admit wad hari tu jugak. Kami teragak2. Ok, Shino ikut je. I je yang teragak2. Dah sampai masa ke? Alamak! Dah berdebar dah. Last2 call my mom tanya macam mana ni. Dia cakap admit wad jelah sbb dah duk sana. Baju2 nanti adik I bawak datang. Ok kami setuju admit je hari tu. 

Petugas pom sibuk register utk I. Lepas settle terus dibawa masuk wad. Kami x bajet wad yang sorang. Sekali dapat. Bersyukur jugak. Petang tu dalam 6.30 petang, Dr dengan nurse dua masuk untuk prosedur masuk air dan letak ubat. Induce kot. X tanya lagi kang x tahu. Tapi memang sure induce lepas godek2 internet. Dr cakap, lepas ni memang akan rasa sakit. And memang sakit. Malam tu rase sakit sangat. Mula2 setiap 1 jam. Shino memang xleh tido sama. Allah je tahu. Pusing kanan sakit, pusing kiri sakit jugak. I cant tell normal contraction macam mana. Sebabnya induce kan. 

Yang x bestnya, rase sakit sangat tapi bukaan memang slow. Demi anak, kuatkan semangat jugak. Masa ni ayat kursi dgn selawat Nabi Nuh memang xlekang dari mulut. Shino ada tepi semangat. Lupa, mama dengan abah pom tido kat wad malam tu. Even nak kna balik awal sahur pulak kan. Thanx mom and dad. Rasa kuat semangat lagi. 

Pagi esoknya, sakit tu memang makin sakit. Tiap 1 jam nurse datang wad check bukaan. Dalam 12.30 tgh hari macam tu, call nurse sebab sakit sangat dah (konon2). Orang lain maybe lagi sakit. Sebab baru buka 3 cm sebenarnya. Sakit masih di tahap awal. 

Bila cakap sakit sangat tu, terus kena masuk dalam labour room. Dekat 5 jam duk dalam labour room dan duk dengar tangisan anak orang je dari bilik sebelah, akhirnya bayang kepala #aeisyahhumairah dah mula nampak. Semua dah start amik tuas masing2. Dr pom dah dipanggil masuk. Proses push ni memang memerlukan persediaan rapi. So korang amalkan la senaman pelvis dan jugak latihan pernafasan. Its good! Tapi nafas I pendek. Kasihan dengan baby, sebab dah tarik nafas dan push tapi xdapat tahan nafas lama kepala baby masuk balik. Masa tu rasa nak nangis. Shino kat sebelah pemberi semangat. 

Masa mula2 masuk labour room tu, pesan Shino utk baca surah Maryam. Tenang bila dia baca kat tepi. Ada jugak ustazah yang bertugas tolong bacakan Al-quran. Ya Allah, tenang je dalam bilik tu. 

Masa tgh push pom, ustazah tu masih lagi x putus2 ingatkan selawat Nabi Nuh tu. Dia baca kuat2. bergema bilik tu. Bilik sebelah dah kosong. Nasib baby keluar sebelum waktu berbuka. Boleh nurse dengan Dr boleh berbuka. 

Semua benda petugas hospital uruskan. Alhamdulillah. Dalam lepas magrib baru la baby dihantar ke bilik lepas dah suci bersih semua. Masa tu, kami masih x percaya yang kami dah jadi mama dan baba. Tambah lagi tanggungjawab. Seronok ada, risau ada, semua ada la. 


Macam anak korea pom ada. Maklum la mama dia suka tengok cerita korea sangat masa pregnant. Masa ni muka #aeisyahhumairah sama macam muka sepupu dia. Sebaya. Sekarang dah lain sangat.

Malam tu, nurse tanya sama ada nak letak anak kat nursery ke x. Lepas menyusu diorang datang amik. Haru jugak nak jauh dengan anak kejap. Pagi esok lepas berkhatan nurse trus hantar ke bilik.

Part best, bila nak check out dari hospital tu, nurse akan hantar kita sampai kereta. First time. Mana la tahu kan. Dah siap keluar bilik tapi kna halau masuk semula. Lucu kejap. Lepas Shino setel semua baru boleh keluar bilik. Balik tu baby naik dengan tokma dgn tokki dia yg datang dari K.Berang semata2 nak tengok cucu. 

Balik rumah dan bermulalah episod berpantang dan melayan kerenah si kecik. 















Post ni after #aeisyahhumairah dah setahun. Haha. Niat mahu jadikan blog ni sbgai diari untuk anak2 tapi mama dia asyik tangguh je niat tu. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...