Friday, May 8, 2015

2nd pengalaman pantang

Kali kedua berpantang lain sesangat dari yg pertama dulu. Masa pertama dulu, everything mama sediakan dan siapkan. Even mandikan baby Aeisyah masa tu mama yg siapkan. Makan minum pom mama siapkan. Jadi xde la nak demand lebih kan. Dari sebelum admit hospital pom, boleh tanya mama jugak sbb dokter dah suh admit; katanya air ketuban dah kurang. Ok, memang cuak la dengar sebabnya anak sulung. No experience at all. Tanya Shino, dia cakap ok je mana2 pun. Kita pun xtahu nak decide. Kita call mama tanya. Dia cakap admit jelah since dah kat hospital tu. Malam tu mama abah datang teman tidur  kat hospital. Dalam keadaan x selesa pulak tu. Terpaksa tidur di sofa. Tp itu lah my parent. *lap air mata jap. Esoknya tu, mama abah dua-dua on leave sebab nak teman anak dia beranak. Sebab nak bagi sokongan moral utk anak dia.

Nak keluar hospital tu, my parent in law datang. Mama abah Shino lattew. Balik dgn diorang. Mama abah kerja. 

Seli sikit cerita lucu masa 1st day kat umah. Lepas mandi petang tu, i lari2 nak dpatkan Aeisyah. Adik i menjerit2 cakap jgn lari. Dia cakap lagi, jln kena kepit2 jugak. Kan berjahit luka tu. Mana boleh jalan laju atau lari. Bila ingat balik, gak sorang.

Mama yg mandikan Aeisyah sepanjang dalam pantang except bila mama hari sekolah. Kena belajar mandi sendiri la jawabnya. Pagi jelah. Petang mama buat macam biasa. Dari mandi sampai la siapkan baby. 

Mama baby pom dapat layanan special jugak. Utk mandian herba, mama yg cari daun2 kayu utk air tersat. Org kelantan panggil air tersat. Yg bestnya mandi air tersat sampai habis pantang. Best kan. Wangi dan terasa segar sgt lepas siap mandi.

Makan ofkos la mama hanya bg makan ikan selar, selayang atau ikan haruan masak sup. sup guna herba cina. Aha, ubat yg i makan pom ubat perubatan cina. Mama dah belikan siap2. Oh so sweet. Tp tu anak sulung kami.

Bila time Aeinul kali ni, it was changed since mama kna minor stroke. Even ada sedikit konflik masa awal pantang. Yelah mama dan i dua2 emosi x stabil so ada la konflik sikit. Tp still under control. Hubungan mak dan anak xkan putus kan. Sbg anak, kita kena paham mak kita tgh sakit. Kena bagi lebih moral support. 

Kali ni,everything i kena rely on myself dan i'm lucky enough because i still can rely on my sister. Tp dia kena full attention utk mama. Mama lebih perlukan dia. I yg curi attention adik i utk i dan anak2. Sebut pasal anak2, Aeisyah is very different. I mean, dia mula buat perangai. Dia nakkan attention since i perlu bg attention more on her sister. Berpantang tanpa perhatian dan layanan dari mama mmg lain. I buat pandai sendiri lah. Banyak jugak langgar pantang rasenya. Haha. Not good la . But so far alhamdulillah, everything went smoothly. Fyi, i berpantang musim panas. Pagi sejuk start kul 3-8 camtu. After, 8am, cuaca start pns. Smpi ptg. Hujan turun 2mgu sekali camtu. Dugaan dia, dah la xleh minum ais. Huwaaaa. But till niw, i still lg pantang ais. Smpi bila? Smpi i berani nk mnum. But its good right. For your body. Tengok la sampai bila i bleh tahan nafsu. 

Nadihat utk semua bakal ibu2, pantang la betul2. For your long term. Future. Kita xtahu. Sekarang memang xrase apa. Esok2, baru kita rasa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...