Friday, March 9, 2012

Kereta baru Saga FLX CVT executive metallic black.


Salam,

Da lame shino tak update blog ni. Tibe-tibe pagi ni, rase nak update plak. Kali ni, shino nak bercerita pasal kereta. Kereta? Kenapa kereta? Sebab shino baru je angkat kereta. Hehe. Bukan nak bongkak atau menunjuk-nunjuk. Tapi hanya untuk berkongsi pengalaman shino yang baru sahaja angkat kereta ni.

Pada mulanya, shino tak la rase nak angkat kereta sangat. Kereta idaman shino sebenarnya VIOS TRD SPORTY. Tapi, tak kesampaian. Kalau ade rezeki, insyaAllah shino angkat juagak kereta tu. Hehehe.

Perancangan awal shino, hanya nak angkat motosikal je sebijik. Motosikal Yamaha LC 135. Shino pegi keje naik bas je tiap2 hari. Bas U74 dari pantai Hillpark ke KL Sentral. Tu la bas yang shino naik tiap2 hari. Shino da selesa da naik bas. Da jadi kebiasaan da. Tapi, bila manager shino cakap, shino kena tukar job scope, dan bile shino tau shino kena keje malam, shino terpaksa la cari alternatif untuk ke office pada waktu malam. Sebab tu la shino rancang nak angkat moto.

Shino cakap la kat parent shino yang shino nak angkat moto, bukan sebab nak mintak duit dari parent ok. Just untuk pengetahuan parent and diorang punye suggestion. Bile da cakap kat parent shino, diorang bagi suggestion suh shino beli kereta. Kereta yang ade dalam kepala shino, Perodua VIVA sebab jimat minyak. Parent shino suggest beli Saga FLX sebab lagi luas and agak murah. Bile da bincang dengan Yuna, akhirnye kitorang setuju la untuk beli kereta Proton Saga FLX. Yuna punya syarat, mesti full spec. Shino pun angkat la sebiji.

Proses daripada planning sampai shino dapat kereta ambik masa lebih kurang 3 minggu je. Start dari bagi semua maklumat kat dealer, eg: copy  ic, lesen, slip gaji dan bank statement. Dalam mase tak sampai seminggu, loan shino da lulus. Shino wat loan dengan Maybank Islamic. Kejap je. Dua hari je. Dealer bagi info kat bank, bank call untuk dapatkan confirmation, then lulus. Lepas tu, dealer hantar kat JPJ untuk pendaftaran kereta atas nama shino dan no plate.

Proses kat JPJ ni yang agak lama sikit sebab banyak benda JPJ nak kena cek. Lebih kurang seminggu, kereta da daftar. Beberapa hari lepas tu, dealer call, da leh amik kereta.

Pengalaman bawak kereta Proton Saga FLX ni, memang smooth la. Takde rase macam sangkut semasa tukar gear. Tak rasa pun mase bile tukar gear. Memang best la. Untuk pengetahuan korang, shino angkat kereta auto. Sakit kot kalau manual. Da la jalan bangsar ni selalu jam. Kalau auto, ok la. Color memang cantik. Metallic Black. HP shino punye camera da rosak. So, tak leh la shino nak upload gambar kereta shino kat sini. Haish...

Kalau korang nak tau spesifikasi untuk kereta ini da harganya sekali, korang leh la cek kat sini :
http://paultan.org

Note: Hujung miggu ni balik kampung dengan kereta baru. ehehe..

7 comments:

Ayumi Comot said...

Wah, tahniah2....:)

Saya suke giler2 ngn Lancer tp mmpu tengok je la..:P

Shino said...

takpe..insyaAllah satu mase nti, leh la tu...

SHAHZEE said...

wah nice la saga flx..tahniah

Faizma Jozannerz said...

antara saga dgn viva mana lagi ok? tgh survey ni antara dua tu

Shino said...

shahzee - Yup..mmg nice..stkt ni, xde mslh lg la Saga FLX shino ni..hehe..

Faizma - Klu bab nk compare ni, shino xtau nk ckp pe sbb shino x nk mnyebelahi mne2 pihak la...shino x try lg drive viva...stkt ni, saga FLX mmg best la...hehe...

BlueroSe chor said...

shino...nk tnye..flx minyk jimat x n plg laju brp leh prgi....ad trbce aritu kat 1 blog..die ckp bwk dlm 150 n enjin mati tbe2..sje nk taw coz ase brminat nk bli..hihi

Shino said...

BlueroSe chor - setakat ni, minyak utk FLX ni ok la. Boleh tahan. Kalau shino balik Kota Bharu dari Kuala Lumpur, lebih kurang RM70 melalui Bentong - Gua Musang - Kota Bharu. Kalau shino balik ganu plak lebih kurang RM90 melalui Bentong - Karak - Kuantan - Jabor - Kuala Berang. Setakat ni, shino speed sampai 160, enjin still ok. Yang beast FLX ni, dia ade butang S. Kalau nak speeding, shino terus tekan butang tu. memang laju n ringan je rasa kreta.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...