KUALA LUMPUR - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.
Berbalik kepada topik kat radio tadi, ramai la yg bagi pandangan. Ada di antaranya sgt2 tidak berpuas hati dgn pengharaman ini. Maka, ramai la yg bagi pendapat masing2. Nak tergelak pom ade waktu cik Yuna dgr omelan2 mereka di radio td. Mana tidaknya, main kutu ni dah jadi habit kot. Ramai yg terlibat. Bg mereka, main kutu yg mereka amalkan tu xguna pom istilah duit deposit macam kes yg ditahan polis tu (cik Yuna masih mencari sumber cerita yg sahih ni). Tambah mereka lagi, main kutu tu lebih kepada simpanan. Bkn niat utk selainnya (yg ni cik Yuna xpasti apa niatnya, mungkin utk kaut untung kot).
Lalu, cik Yuna try cari pendapat2 pakar agama. Silap la xdengar habis penjelasan pakar agama kat radio tadi tu. Ade ulangan x?! hehe. Tp cik Yuna ade jumpe 1 blog berbicara pasal hukum main kutu ni. (tuan empunya blog name albaruhiyy).
Fatwa Sheikh Abdullah bin Jabarain tentang Kutu
Adakah main kutu ini harus atau tidak?
Jawapan :
Ia adalah harus. Ini dianggap hukum qard (pinjaman) yang diharuskan kerana ada matlamat memudahkan kepada peminjamn yang pertama. Ia dapat mengelakkannya daripada hutang dan membolehkannya menyelesaikan masalah yang dihadapi. Kemudian dia akan membayarnya kembali secara ansuran bulanan, maka hukumnya adalah harus. Telah ada fatwa yang dikeluarkan oleh Lembaga Ulama Besar Arab Saudi berkenaan keharusannya sekiranya tiada darar (mudarat) kepada sesiapa dan selama mana ia tidak termasuk dalam qard (pinjaman) yang memberi manfaat. Wallahualam.
Ulasan : Oleh itu, kutu adalah harus dengan syarat :
1) Tiada mudarat kepada sesiapa
2) Tidak berbentuk qard bi al-fa’idah (pinjaman yang ada faedah tambahan).
Itu sahaja la yg cik Yuna dapat cari. Sekian. :D
p/s: xpaham kenapa br skg SSM nak bising2 sdgkan benda ni dah lama org buat.
17 comments:
yele///nie aku pom baru tau pg td...dulu penah gak main
2 la..shino pun baru tau...time kje kcl2 dlu, mmg x miss men kutu ni...skg da tau, kompem x men da..hehe...ni pun yuna y postkn...
suka cri kutu kat rambut org yg de kutu....
pastu letop2 kan dia kat tin milo....ketik2 bunyinye~
duit kutu kan juz pusing2 ikot giliran je.. hehe. neway thx 4 da info.. nice 1
Aisyah: adeh..2 kutu kepala..hahaha...
Luvida: 2 la...klu xde penyelewengan, xpe...klu ade y men tipu jd x hll 2...
tak payah main kutu dah. main lalat pulak. rama-rama ke. kelkatu ke.
hahaha...btul gak 2..tp kn, cmne nk men bnda len 2?
letak dalam botol. haha..
pastu goncang2...muhahahaha...cm kjm la plak...ahaks...
yupppn ade gak terbace..mmg kutu ni haram..xsilap mmg dah lame ade akta ttg wang kutu ni..
2 la psl...xleh da la nk men kutu lps ni...
haram di sisi undang2..ingatkn ade fatwa dari imam besar mane..
yup..fatwa kte harus...so, still bleh lg...tp kn scara snyp2 la...adeh2...
lamo aiih...tak maen ank kutu.. ops..lari topik! tak main la duit kutu bambu nih.. ish.. :)
bgs2..besenye y men ni, nk mrse duit byk dlm 1 mse...hehe...
Lega denga. :)
I’m not that much of a online reader to be honest but
your blogs really nice, keep it up! I'll go ahead and bookmark your site to come back down the road. All the best
my weblog - プラダ バッグ
Post a Comment