Wednesday, September 14, 2016

Sotong celup tepung pantai penarik Setiu


Sesekali balik ke kelantan dari terengganu, shino n yoona lalu ikut jalan pantai. Biasanya lalu ikut permaisuri je. Nak elak jem katanya. Sambil ambik angin pantai la kan. Kalau ikut jalan pantai ni, biasanya akan lalu ikut pantai penarik, setiu. Kat tepi jalan sepanjang jalan pantai tu, korang akan nampak banyak kedai makan yang kebanyakannya menjual sotong celup tepung. Kedai yang kitprang singgah ni, kedai first sebelah kanan kalau dari terengganu. Pilihan yang ada kat kedai ni, sotong celup tepung, udang celup tepung, ikan celup tepung, keropok lekor, cekodok, mee goreng, air kelapa n sebagainye la kan. Shino punya target hanyalah sotong celup tepung. Seekor sebesar penumbuk. Harganya boleh kata berpatutan jugak la. Harga ikut saiz yea. Kalau saiz kecil, RM5. Kalau besar tu, RM10 la kan. Shino beli bungkus sotong 2 ekor RM20 n udang celup tepung 1 cucuk RM5. Kat belakang kedai tu, pantai penarik. Alang2 anak2 nak main pasir kat pantai, terus lepak kat pantai tu jela. Pantai memang cun. 



Leh tahan cantik kan. Pantai pun bersih. Lepas makan, sambung perjalanan balik kampung Yoona. Next stop? Next post. Hehe. 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...