Thursday, April 23, 2015

Pengalaman bersalin

Post ni ditulis masa dlm pantang ank kedua. #day24. Alhamdulillah. Rezeki dari Allah. Kali pom gurl. Kami terima seadanya. Kini 2 org anak dara menjadi amanah dari Allah utk kami bentuk dan bimbing agr menjadi anak-anak solehah. 

Pantang kali pertama dan kedua ni ada cabaran tersendiri. Masa kali pertama dulu, cabaran lebih kpd nak sesuaikan diri. Maklum la kali pertama. Banyak benda kena belajar. Even dah habis pantang pom masih x percaya, kami dah jadi parent. At that time, mama did everything. Dia yg mandikan kakak, siapkan air mandian utk anak dia ni nak mandi, cari daun-daun utk mandian herba dan juga mandian baby yg kena kuning, siapkan lauk utk org pantang. Ok that was memories. Kali kedua ni, everything I have to rely on my sister. My mom kena minor stroke. A bit stress utk ibu bersalin yg kena bergantung harap pd diri sendiri since hubby kena balik KL kerja. Kenapa la Malaysia x macam Sweden yg bagi cuti 'bersalin' pd bapak2 utk satu tempoh yg lama. Masa hubby ada, ok la dia boleh tolong jaga kakak. She's active, I mean super active not hyper active. Haha. Nak melayan kerenah dia dalam pantang ni memerlukan 100% kesabaran. Luckily, this time Allah gives me more strengths. X macam org pantang. Alhamdulillah. 

Kali kedua ni, Allah uji sikit. Before deliver, something happened. And baby naik  berat almost 1kg in a week. Dr nasihatkan admit utk deliver. Masa tu 30Mac. Then we decided to admit next day since Dr ckp nak induce. Jalan belum terbukak lagi. So malam tu, ada la duk sakit2 perut, ingatkan sakit biasa je. Sebelum ni, kena induce then xpasti la macam mana rase sakit before deliver naturally. Esoknya, bila sampai hospital dan admit, Dr check dah ada bukaan 2cm. Lucky me! Xpayah induce. Suka hati la mama. Alhamdulillah. Dalam kul 12 tgh hari nurse dtg check jln lagi, baru 3 cm. so i bajet la lambat lagi ni. Mlm jugak kot br branak based on pengalaman kakak. Lps tu dalam kul 2 lebih dah xtahan panggil nurse minta check jalan lagi. Nurse cakap dah ada bloody show. Kena masuk labour room time tu jugak. Takut lambat2 nanti terberanak dalam wad. Bila masuk LR tu, macam2 pikir. Tapi dengan yakinnya i bajet kul 5 baru selamat semua. Sangkaanku meleset sama sekali. Nurse check jln dah 8cm masa tu. Nurse bertugas siapkan semua dokumen penting. Sempat i jeling sebabnya kita dah la sakit dia boleh relax lenggang siapkan keje dia. Dia check lagi dah 9cm. Within 2 hours, dari 3cm trus ke 9cm. Betul la, anak second ni Allah mudahkan. Tunggu dr xsampai2 jugak. Lps 15minit baru dr menjelma, tgk muka dr rase nak melompat. Punya la hepi. Dr msuk terus pecahkan air ketuban. Dr check lagi, 10cm dah ni. Ok kalo rase nak teran, teran je dr cakap. I pom apa lagi tarik nafas. Tapi masa tu xserius sbb ingt masa kakak dulu lama amik masa. So bajet kali ni sama la. Sangkaanku meleset lagi. 1st tarik nafas dah rase kepala keluar. Then xsempat nk tarik second time, main teran je. Alhamdulillah selamat. Tepat jam 3.12 ptg. Puteri kedua.

Alhamdulillah. Kali ni diduga dengan simptom pre- eklampsia. Tekanan darah tinggi sampai i kena makan ubat darah tinggi. 1st time ever. Kena tahan wad lagi sampai BP ok. Cerita bersambung part 2. Pengalaman pantang. 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...