Friday, August 10, 2012

10 hari lagi menjelang Syawal.

Salam. Sedar atau tidak, Ramadan sudah hampir dengan penghujungnya. Syawal pula akan menjelma. Apa yang korang dah dapat dari Ramadan kali ni? Dapat tambah pahala ke tak? Korang gunakan kelebihan bulan Ramadan sepenuhnya ke tak? Harap2 dapat la yea.

Ramadan kali ni adalah bulan Ramadan terakhir bagi shino sebagai single. Knape ek? Sebab tanggal 3 Syawal ni, shino bakal bergelar suami orang. Shino nak kawin da. Dengan sape? Semesti la dengan yoona. Hehe. Alhamdulillah. Sejak dari bertunang, tak putus2 rezeki yang Allah kurniakan kepada kitorang. Alhamdulillah sebab segala urusan kitorang dipermudahkan.

Shino n yoona akan mendirikan rumah tangga pada 3 Syawal ini. Majlis dirumah pengantin perempuan, 3 Syawal n majlis dirumah pengantin lelaki pada 5 Syawal ini. Berdebar juga rasa hati ni nak bergelar suami orang. Ade juga terlintas difikiran, da cukup ke segala ilmu di dada ni? Tanggungjawab sebagai seorang suami sangatlah besar. Ketua keluarga tu.

Semoga shino dapat mendidik yoona sekaligus menggalas tanggungjawab sebagai seorang suami dengan penuh kesabaran dan keimanan. Amin. InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...