Wednesday, March 14, 2012

Macam mana nak beli tiket bas online.

Salam,

Shino pernah beli tiket bas online. Sangat mudah dah boleh dipercayai. Shino da banyak kali da beli tiket online. Setakat ni, takde masalah lagi. Tak perlu pergi ke kaunter semata-mata nak beli tiket @ nak tengok samada tiket masih ade @ tak. Sangat jimat masa and tak perlu lagi jumpe ulat - ulat tiket. Tension je dengan ulat tiket ni.

Korang pernah beli tiket bas secara online tak? Kalau tak pernah, jom belajar camne.

1) Korang pergi ke website ni : http://www.eticketing.my/.

2) Pilih bas mane korang nak naik. Contoh shino nak naik bas Sani Express, shino klik je kat Sani Express. Website cm gambar kat bawah ni akan kuar.


3) Klik kat buy tiket online.



4) Satu page baru akan kuar.



5) Register kat page tu and login.

6) Pilih korang punya trip. Single @ Return Trip.

7) Pilih korang punya tempat. Dari mana nak ke mana.

8) Tarikh bile dan klik Next.

9) Masa dan available seat akan di paparkan cam dalam gambar kat bawah ni.


 - seating menunjukkan brapa banyak lagi kekosongan pada masa tersebut.

10) Klik pada masa yang korang nak berlepas.

11) Klik next. Seat yang available akan diapaparkan cam gambar kat bawah ni.


12) Pilih je seat yang ade no tu. Dan book seat tu. Isikan nama dan no i/c korang.

13) Tekan next. Pastu korang leh proceed dengan payment.

14) Payment secara online. Korang leh je nak bayar gune kad kredit @ online banking. Shino biasa guna online banking. Guna Maybank.

15) Bila korang dah siap bayar, satu slip akan dihantar ke email korang. @ korang leh cek kat profile korang, dekat transaction history.

16) Pastikan korang save depart boarding code @ korang print slip yang online tiket ni hantar kat email korang.

17) 30 minit sebelum berlepas, korang pergi kat kaunter tiket tersebut, korang bagitau kat kaunter tu depart boarding code korang. Kaunter akan print tiket korang.

Selamat mencuba..

Note: Pastikan korang redeem tiket korang 30 minit sebelum masa berlepas.

Friday, March 9, 2012

Kereta baru Saga FLX CVT executive metallic black.


Salam,

Da lame shino tak update blog ni. Tibe-tibe pagi ni, rase nak update plak. Kali ni, shino nak bercerita pasal kereta. Kereta? Kenapa kereta? Sebab shino baru je angkat kereta. Hehe. Bukan nak bongkak atau menunjuk-nunjuk. Tapi hanya untuk berkongsi pengalaman shino yang baru sahaja angkat kereta ni.

Pada mulanya, shino tak la rase nak angkat kereta sangat. Kereta idaman shino sebenarnya VIOS TRD SPORTY. Tapi, tak kesampaian. Kalau ade rezeki, insyaAllah shino angkat juagak kereta tu. Hehehe.

Perancangan awal shino, hanya nak angkat motosikal je sebijik. Motosikal Yamaha LC 135. Shino pegi keje naik bas je tiap2 hari. Bas U74 dari pantai Hillpark ke KL Sentral. Tu la bas yang shino naik tiap2 hari. Shino da selesa da naik bas. Da jadi kebiasaan da. Tapi, bila manager shino cakap, shino kena tukar job scope, dan bile shino tau shino kena keje malam, shino terpaksa la cari alternatif untuk ke office pada waktu malam. Sebab tu la shino rancang nak angkat moto.

Shino cakap la kat parent shino yang shino nak angkat moto, bukan sebab nak mintak duit dari parent ok. Just untuk pengetahuan parent and diorang punye suggestion. Bile da cakap kat parent shino, diorang bagi suggestion suh shino beli kereta. Kereta yang ade dalam kepala shino, Perodua VIVA sebab jimat minyak. Parent shino suggest beli Saga FLX sebab lagi luas and agak murah. Bile da bincang dengan Yuna, akhirnye kitorang setuju la untuk beli kereta Proton Saga FLX. Yuna punya syarat, mesti full spec. Shino pun angkat la sebiji.

Proses daripada planning sampai shino dapat kereta ambik masa lebih kurang 3 minggu je. Start dari bagi semua maklumat kat dealer, eg: copy  ic, lesen, slip gaji dan bank statement. Dalam mase tak sampai seminggu, loan shino da lulus. Shino wat loan dengan Maybank Islamic. Kejap je. Dua hari je. Dealer bagi info kat bank, bank call untuk dapatkan confirmation, then lulus. Lepas tu, dealer hantar kat JPJ untuk pendaftaran kereta atas nama shino dan no plate.

Proses kat JPJ ni yang agak lama sikit sebab banyak benda JPJ nak kena cek. Lebih kurang seminggu, kereta da daftar. Beberapa hari lepas tu, dealer call, da leh amik kereta.

Pengalaman bawak kereta Proton Saga FLX ni, memang smooth la. Takde rase macam sangkut semasa tukar gear. Tak rasa pun mase bile tukar gear. Memang best la. Untuk pengetahuan korang, shino angkat kereta auto. Sakit kot kalau manual. Da la jalan bangsar ni selalu jam. Kalau auto, ok la. Color memang cantik. Metallic Black. HP shino punye camera da rosak. So, tak leh la shino nak upload gambar kereta shino kat sini. Haish...

Kalau korang nak tau spesifikasi untuk kereta ini da harganya sekali, korang leh la cek kat sini :
http://paultan.org

Note: Hujung miggu ni balik kampung dengan kereta baru. ehehe..
AliDropship is the best solution for drop shipping