Monday, November 29, 2010

Kisah si Matahari.

Memula, tgk status kat fb member pasal org ckp matahari adalah hak miliknya. TERKEJUT! Then, cari sumber yg diperolehi oleh member itu. Begini la serba sedikit alkisahnya:

Wanita dakwa daftar namanya sebagai pemilik matahari

MADRID - Seorang wanita dari Galicia, Sepanyol, Angeles Duran (gambar) menyatakan matahari secara rasminya sudah menjadi miliknya, lapor sebuah akhbar semalam.

Menurut Duran yang berusia 49 tahun, dia mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari di sebuah pejabat notari awam tempatan.

Pejabat notari awam bertanggungjawab mengesahkan sesuatu perjanjian yang dibuat.

Dokumen yang dikeluarkan pejabat itu mengisytiharkan bahawa Duran merupakan pemilik matahari iaitu bintang yang terletak di pusat sistem suria dengan jarak dari Bumi kira-kira 149,600,000 kilometer.

Menurut wanita itu kepada akhbar El Mundo, dia mengambil langkah mendaftarkan namanya sebagai pemilik matahari pada September lalu.

Duran berkata, dia mendaftarkan namanya itu selepas membaca artikel bahawa seorang lelaki Amerika Syarikat telah mendaftarkan namanya sebagai pemilik bulan dan kebanyakan planet di dalam sistem suria.

Dia menjelaskan, terdapat satu perjanjian antarabangsa yang menyatakan bahawa tidak ada mana-mana negara boleh mengaku menjadi pemilik bintang atau planet.

Namun, perjanjian itu tidak menyatakan bahawa mana-mana individu tidak boleh menjadi pemilik bintang atau matahari.

Duran menyatakan, dia kini mahu mengenakan caj kepada setiap orang yang menggunakan matahari.

Menurutnya, dia akan memberikan separuh daripada hasil kutipannya itu kepada kerajaan Sepanyol, 20 peratus untuk dana pencen, 10 peratus bagi tujuan penyelidikan dan 10 peratus untuk menamatkan kebuluran dunia manakala 10 peratus lagi menjadi miliknya. - Agensi

Sumber: Kosmo! online. (29/11/10)

MasyaAllah. Apa nak jadi ntah dgn manusia pada zaman ini. Matahari pom daftar hak milik. Dah tu pulak, nak kenakan caj pada pengguna. Persoalannya, dia sedar apa yang dah buat ini?! haha. Lawak2.

Nota kaki: incik shino kini sdg bercuti.

9 comments:

Mr. Shah said...

perasan betul...ni elok nya esok mati kena petir je...baru die tau allah maha besar...

Solihin Zubir said...

ceh! ini macam pon ada? dh nama pon kafir, mmg camtu..
matahari tu hak Allah..
suka suki je nak cas...

Fello Ariza said...

giler duit je org mcm tuh..

nak sgt matahari g cmpak dier kat ctu..

hehe:P

Cempakamelati said...

matahari, bulan dan bintang adalah milik Allah..bukan manusia.

zai said...

sangat nonsense.10% tamatkn kbuluran konon.padahal orang yang kebulur tu pun kena caj gak as diorang pun guna matahari.haish.tak bertempat.

Yoona said...

@Mr Shah: kalau dah sesat tu sesat gak.

@Solihin: Semoga dia sedar diri nanti. huhu

@Fello Ariza: Bajet ah nak cas2 gune matahari. ye pom xmmpu nak pegi kat matahari tu.

@Chempakamelati: sgt setuju. bersyukur dilahirkan sbg Islam.

@zai: org kalau dah sesat lagi2 tamak ni mmg gtu la jadinye. semoga dia sedar diri. kalau xsdr gak xtau la.

Burp said...

bodoh dia nih bukan main bertingkat2 lagi... kalu ada cas tuh.. ak bg free of charge jer tapak kaki ak kat muke die nt..

Yoona said...

itu la manusia yg xsedar diuntung. naseb Allah bg ye umor pjg dan dpt hirup O2 byk2 kat muka bumi ni.

Cikgu Fikri said...

Hei..
sengal lah pompuan tu..
dah tntu2 matahari tu hak milik Allah S.W.T..
bOLE LG Nk mngaku..
perasan...
foq sure xder org nk terima aper yg dia ckp tu..
huhuuhhu......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...